Murid kusyuk mendengar taklimat.
Friday, 24 February 2012
Tema: Gaya Hidup Sihat
Guru disiplin. Pn Ros Tina memberi peringatan mengenai keselamatan semasa di sekolah.
Murid kusyuk mendengar taklimat.
Guru Bertugas minggu ini adalah Pn Nor Shaiza dan Cikgu Pannir.
Murid kusyuk mendengar taklimat.
Saturday, 18 February 2012
Gotong Royong
Kawasan bermasalah.
Orang kuat PSS.
Proses buku.
Gpm baru.
Sangat banyak buku.
Fuh....
Petak Sifir @ Pameran Baju Tradisional?
Sudut Magnet.
Friday, 17 February 2012
Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
Dimulai dengan bacaaan Yassin .Diketuai oleh Usyaz Shukri.
Setelah itu, Solat dhua secara berjemaah.Imam yang bertugas adalah Ustaz Nazri.
Sebahagian ahli Panitia Pendidikan Islam yang merupakan menganjur majlis pagi ini(18 Februari 2012).
Berselawat beramai-ramai.
Murid khusyuk mendengar ceramah perdana.
Kawalan murid.
Penceramah jemputan.
Setelah itu, Solat dhua secara berjemaah.Imam yang bertugas adalah Ustaz Nazri.
Sebahagian ahli Panitia Pendidikan Islam yang merupakan menganjur majlis pagi ini(18 Februari 2012).
Berselawat beramai-ramai.
Murid khusyuk mendengar ceramah perdana.
Penceramah jemputan.
Kelas 1 IK
Kelas 1 Ibnu Kaldun
Standrad Kandungan: Murid dibimbing untuk mengenal pasti pasangan yang membentuk satu nombor yang berkaitan.
Standard pembelajaran: Murid berupaya untuk menyatakanpasangan nombor bagi jumlah yang diberi.
BBM: Gula-gula
BBM: Coklat
BBM: Pensil
Aktiviti: Murid menyatakan secara lisan dan menunjukkan bilangan dengan jari
Aktiviti: Hasil jumlah sama dengan bilangan dijari
Aktiviti; Yakin dengan jawapan
Aktiviti: Murid diperkenalkan dengan teknik aritmetik
EMK: Yakin
Standrad Kandungan: Murid dibimbing untuk mengenal pasti pasangan yang membentuk satu nombor yang berkaitan.
Standard pembelajaran: Murid berupaya untuk menyatakanpasangan nombor bagi jumlah yang diberi.
BBM: Gula-gula
BBM: Coklat
BBM: Pensil
Aktiviti: Murid menyatakan secara lisan dan menunjukkan bilangan dengan jari
Aktiviti: Hasil jumlah sama dengan bilangan dijari
Aktiviti; Yakin dengan jawapan
Aktiviti: Murid diperkenalkan dengan teknik aritmetik
EMK: Yakin
Sunday, 12 February 2012
Laporan Perjumpaan Waris Thn 6
Murid-murid disarankan meluangkan masa untuk menambah pengetahuan.
Cikgu Amaluddin menyampaikan motivasi kepada hadirin.
Disediakan oleh;
....................
Farah Jasmina
3 Feb 2012
Laporan Kem Pengurusan & Kepimpinan
Pada 25 Januari
2012 bersamaan hari Rabu, Kelab Pusat Sumber sekolah telah mengadakan Kem
Pengurusan dan Kepimpinan untuk Pengawas
Pusat Sumber bertempat di PSS pada jam 1.00 p.m.ia telah dihadiri seramai 42
orang termasuk pengawas dan ahli kelab .Ceramah telah disampaikan oleh Pn Nor
Shaiza Bt Mir Ahmad Talaat selaku GPM
merangkap Penyelaras Pusat Sumber.
Dalam
majlis ini, setiap pengawas telah diagihkan kepada 5 kumpulan kecil yang
merangkumi kumpulan bertugas.Setiap pengawas diberi taklimat tentang bidang tugas mereka. Mereka diminta
menjalankan tugas secara berpasukan agar hasil yang diperolehi lebih baik
berbanding kerja sendirian. Pengawas perlu memastikan Pusat Sumber sentiasa
kemas dan bersih, bahan bacaan disusun mengikut kod yang ditetapkan, kipas dan
lampu perlu ditutup sebaik sahaja digunakan, kerusi dan alatan tidak boleh
diubah tanpa kebenaran GPM.Pengawas juga diberi pendedahan cara menguruskan
kaunter pemulangan dan peminjaman.
Bagi memastikan PSS sentiasa kemas, setiap bulan perlu
diadakan gotong royong .Pengawas perlu mengingatkan guru untuk menulis di buku rekod bagi menilai
jumlah pengguna setiap bulan. Bagi mencipta kelainan, semua pengawas PSS akan
dilatih menjadi Wartawan Muda iaitu berupaya menulis laporan dan akhirnya wujud
sebuah Majalah Sekolah. Sejajr
dengan itu, setiap pengawas diwajibkan memiliki buku catatan.
Majlis berakhir pada jam 2.00 p.m. dengan suasana tenang.
Laporan disediakan
oleh:
……………………………..
Dini Izati Arsad
25 Januari 2012
Watikah Perlantikan Pengawas PSS
Majlis Watilah Perlantikan Pengawas PSS telah diadakan
pada hari Isnin, 9 Jan 2012 sewaktu perhimpunan rasmi. Majlis ini dihadiri oleh
semua guru dan pelajar SKTDI.Majlis ini telah disempurnakan oleh GB, Tn Haji
Abd Halim B Hj Safie, AMN dengan
menyampaikan ucapan perasmian dan penyerahan Watikah Perlantikan kepada Ketua
Pengawas iaitu Mohd Syahmi Fitri 6 IK bagi mewakili sejumlah 29 orang pengawas
yang dilantik untuk sesi 2012.
Di dalam ucapan perasmian, GB berharap semua pengawas
yang dilantik dapat membantu para guru menjalankan tugas dengan sempurna tanpa
mengira penat dan lelah dalam merealisasikan hasrat sekolah untuk menjadi
cemerlang pada tahun 2012. Sejajar dengan itu,bagi tahun ini, semua pengawas PSS diwajibkan memakai vest yang berwarna coklat. Manakala,
sewaktu acara bacaan ikrar, pengawas yang dilantik bersedia memikul
tanggungjawab yang suci ini dan bertindak sebagai medium antara pihak sekolah
dan murid.
Berikut adalah senarai Majlis Tertinggi Badan Pengawas
PSS:
Pengerusi: Mohd Syahmi Fitri 6 IK
N.Pengerusi 1: Izzati 6 IK
Setiausaha: Nur Aishah 6 IS
Bendahari: Muhd Nasrul Hakim 6 IK
Majlis berakhir pada jam 9.00 pagi dengan suasana
tenang.Murid kembali ke kelas masing-masing.
Laporan disediakan oleh:
……………………………..
Izzati Bt Khairul Esma
Ramlee
9 Januari 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)