Sunday 12 February 2012

Laporan Kem Pengurusan & Kepimpinan


   
            Pada  25 Januari 2012 bersamaan hari Rabu, Kelab Pusat Sumber sekolah telah mengadakan Kem Pengurusan dan Kepimpinan  untuk Pengawas Pusat Sumber bertempat di PSS pada jam 1.00 p.m.ia telah dihadiri seramai 42 orang termasuk pengawas dan ahli kelab .Ceramah telah disampaikan oleh Pn Nor Shaiza Bt Mir Ahmad Talaat selaku GPM  merangkap Penyelaras Pusat Sumber.
Dalam majlis ini, setiap pengawas telah diagihkan kepada 5 kumpulan kecil yang merangkumi kumpulan bertugas.Setiap pengawas diberi taklimat tentang  bidang tugas mereka. Mereka diminta menjalankan tugas secara berpasukan agar hasil yang diperolehi lebih baik berbanding kerja sendirian. Pengawas perlu memastikan Pusat Sumber sentiasa kemas dan bersih, bahan bacaan disusun mengikut kod yang ditetapkan, kipas dan lampu perlu ditutup sebaik sahaja digunakan, kerusi dan alatan tidak boleh diubah tanpa kebenaran GPM.Pengawas juga diberi pendedahan cara menguruskan kaunter pemulangan dan peminjaman.
            Bagi memastikan PSS sentiasa kemas, setiap bulan perlu diadakan gotong royong .Pengawas perlu mengingatkan guru  untuk menulis di buku rekod bagi menilai jumlah pengguna setiap bulan. Bagi mencipta kelainan, semua pengawas PSS akan dilatih menjadi Wartawan Muda iaitu berupaya menulis laporan dan akhirnya wujud sebuah Majalah Sekolah.         Sejajr dengan itu, setiap pengawas diwajibkan memiliki buku catatan.
            Majlis berakhir pada jam 2.00 p.m. dengan suasana tenang.

Laporan disediakan oleh:
……………………………..
Dini Izati Arsad
25 Januari 2012

No comments:

Post a Comment