Sunday 12 February 2012

Watikah Perlantikan Pengawas PSS



            Majlis Watilah Perlantikan Pengawas PSS telah diadakan pada hari Isnin, 9 Jan 2012 sewaktu perhimpunan rasmi. Majlis ini dihadiri oleh semua guru dan pelajar SKTDI.Majlis ini telah disempurnakan oleh GB, Tn Haji Abd Halim B Hj Safie, AMN  dengan menyampaikan ucapan perasmian dan penyerahan Watikah Perlantikan kepada Ketua Pengawas iaitu Mohd Syahmi Fitri 6 IK bagi mewakili sejumlah 29 orang pengawas yang dilantik untuk sesi 2012.
            Di dalam ucapan perasmian, GB berharap semua pengawas yang dilantik dapat membantu para guru menjalankan tugas dengan sempurna tanpa mengira penat dan lelah dalam merealisasikan hasrat sekolah untuk menjadi cemerlang pada tahun 2012. Sejajar dengan itu,bagi  tahun ini, semua pengawas PSS diwajibkan  memakai vest yang berwarna coklat. Manakala, sewaktu acara bacaan ikrar, pengawas yang dilantik bersedia memikul tanggungjawab yang suci ini dan bertindak sebagai medium antara pihak sekolah dan murid.
            Berikut adalah senarai Majlis Tertinggi Badan Pengawas PSS:
            Pengerusi: Mohd Syahmi Fitri 6 IK
            N.Pengerusi 1: Izzati 6 IK
            Setiausaha: Nur Aishah 6 IS
            Bendahari: Muhd Nasrul Hakim 6 IK
            Majlis berakhir pada jam 9.00 pagi dengan suasana tenang.Murid kembali ke kelas masing-masing.

Laporan disediakan oleh:
……………………………..
Izzati Bt Khairul Esma Ramlee
9 Januari 2012

2 comments: