Friday 24 February 2012

Tema: Gaya Hidup Sihat

 Guru disiplin. Pn Ros Tina memberi peringatan mengenai keselamatan semasa di sekolah.
 Murid kusyuk mendengar taklimat.

Guru Bertugas minggu ini adalah Pn Nor Shaiza dan Cikgu Pannir.

Saturday 18 February 2012

Gotong Royong



Kawasan bermasalah.
Orang kuat PSS.

Proses buku.

Gpm baru.
Sangat banyak buku.
Fuh....
Petak Sifir @ Pameran Baju Tradisional?
Sudut Magnet.

Friday 17 February 2012

Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

 Dimulai dengan bacaaan Yassin .Diketuai oleh Usyaz Shukri.
 Setelah itu, Solat dhua secara berjemaah.Imam yang bertugas adalah Ustaz Nazri.


 Sebahagian ahli Panitia Pendidikan Islam yang merupakan menganjur majlis pagi ini(18 Februari 2012).



 Berselawat beramai-ramai.
 Murid khusyuk mendengar ceramah perdana.

 Kawalan murid.
Penceramah jemputan.

Kelas 1 IK

 Kelas 1 Ibnu Kaldun
 Standrad Kandungan: Murid dibimbing untuk mengenal pasti pasangan yang membentuk satu nombor yang berkaitan.
 Standard pembelajaran: Murid berupaya untuk menyatakanpasangan  nombor bagi jumlah yang diberi.

 BBM: Gula-gula
BBM: Coklat
 BBM: Pensil
 Aktiviti: Murid menyatakan secara lisan dan menunjukkan bilangan dengan jari
 Aktiviti: Hasil jumlah sama dengan bilangan dijari
 Aktiviti; Yakin dengan jawapan
 Aktiviti: Murid diperkenalkan dengan teknik aritmetik
EMK: Yakin

Sunday 12 February 2012

Laporan Perjumpaan Waris Thn 6




 Murid-murid disarankan meluangkan masa untuk menambah pengetahuan.

 Fokus amat penting di dalam sebuah kejayaan.



Cikgu Amaluddin menyampaikan motivasi kepada hadirin.

Cikgu Ibrahim mengalu-alukan kehadiran waris sebagai tanda sokongan.





Tr Farahin dan Tr Koay.

Disediakan oleh;
....................
Farah Jasmina
3 Feb 2012

Laporan Kem Pengurusan & Kepimpinan


   
            Pada  25 Januari 2012 bersamaan hari Rabu, Kelab Pusat Sumber sekolah telah mengadakan Kem Pengurusan dan Kepimpinan  untuk Pengawas Pusat Sumber bertempat di PSS pada jam 1.00 p.m.ia telah dihadiri seramai 42 orang termasuk pengawas dan ahli kelab .Ceramah telah disampaikan oleh Pn Nor Shaiza Bt Mir Ahmad Talaat selaku GPM  merangkap Penyelaras Pusat Sumber.
Dalam majlis ini, setiap pengawas telah diagihkan kepada 5 kumpulan kecil yang merangkumi kumpulan bertugas.Setiap pengawas diberi taklimat tentang  bidang tugas mereka. Mereka diminta menjalankan tugas secara berpasukan agar hasil yang diperolehi lebih baik berbanding kerja sendirian. Pengawas perlu memastikan Pusat Sumber sentiasa kemas dan bersih, bahan bacaan disusun mengikut kod yang ditetapkan, kipas dan lampu perlu ditutup sebaik sahaja digunakan, kerusi dan alatan tidak boleh diubah tanpa kebenaran GPM.Pengawas juga diberi pendedahan cara menguruskan kaunter pemulangan dan peminjaman.
            Bagi memastikan PSS sentiasa kemas, setiap bulan perlu diadakan gotong royong .Pengawas perlu mengingatkan guru  untuk menulis di buku rekod bagi menilai jumlah pengguna setiap bulan. Bagi mencipta kelainan, semua pengawas PSS akan dilatih menjadi Wartawan Muda iaitu berupaya menulis laporan dan akhirnya wujud sebuah Majalah Sekolah.         Sejajr dengan itu, setiap pengawas diwajibkan memiliki buku catatan.
            Majlis berakhir pada jam 2.00 p.m. dengan suasana tenang.

Laporan disediakan oleh:
……………………………..
Dini Izati Arsad
25 Januari 2012

Watikah Perlantikan Pengawas PSS



            Majlis Watilah Perlantikan Pengawas PSS telah diadakan pada hari Isnin, 9 Jan 2012 sewaktu perhimpunan rasmi. Majlis ini dihadiri oleh semua guru dan pelajar SKTDI.Majlis ini telah disempurnakan oleh GB, Tn Haji Abd Halim B Hj Safie, AMN  dengan menyampaikan ucapan perasmian dan penyerahan Watikah Perlantikan kepada Ketua Pengawas iaitu Mohd Syahmi Fitri 6 IK bagi mewakili sejumlah 29 orang pengawas yang dilantik untuk sesi 2012.
            Di dalam ucapan perasmian, GB berharap semua pengawas yang dilantik dapat membantu para guru menjalankan tugas dengan sempurna tanpa mengira penat dan lelah dalam merealisasikan hasrat sekolah untuk menjadi cemerlang pada tahun 2012. Sejajar dengan itu,bagi  tahun ini, semua pengawas PSS diwajibkan  memakai vest yang berwarna coklat. Manakala, sewaktu acara bacaan ikrar, pengawas yang dilantik bersedia memikul tanggungjawab yang suci ini dan bertindak sebagai medium antara pihak sekolah dan murid.
            Berikut adalah senarai Majlis Tertinggi Badan Pengawas PSS:
            Pengerusi: Mohd Syahmi Fitri 6 IK
            N.Pengerusi 1: Izzati 6 IK
            Setiausaha: Nur Aishah 6 IS
            Bendahari: Muhd Nasrul Hakim 6 IK
            Majlis berakhir pada jam 9.00 pagi dengan suasana tenang.Murid kembali ke kelas masing-masing.

Laporan disediakan oleh:
……………………………..
Izzati Bt Khairul Esma Ramlee
9 Januari 2012